PENGURUSAN PUSAT SUMBER
KONSEP PUSAT SUMBER Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar. Selain itu, pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital. Ia juga merupakan tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding, memilih, dan menggunakan alat pengajaran dalam meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. OBJEKTIF PUSAT SUMBER Memudahcara perancangan dan perlaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan juga menampung perbezaan dalam gaya PdP melalui penyediaan dan kesaksamaan akses kepada pelbagai bahan, sama ada bercetak, tidak bercetak dan ...