PENGURUSAN PUSAT SUMBER

 

KONSEP PUSAT SUMBER

Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar. Selain itu, pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital. Ia juga merupakan tempat untuk warga sekolah berkumpul, berunding, memilih,  dan menggunakan alat pengajaran dalam meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF PUSAT SUMBER

Memudahcara perancangan dan perlaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan juga menampung perbezaan dalam gaya PdP melalui penyediaan dan kesaksamaan akses kepada pelbagai bahan, sama ada bercetak, tidak bercetak dan juga secara digital. Mempertingkatkan mutu PdP di kalangan guru dan pelajar mereka. Melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan menggunakan peralatan. Selain itu, menyediakan guru yang mempunyai akses kepada maklumat kurikulum dan bahan-bahan berkaitan pembangunan profesional  di dalam dan di luar sekolah dan juga berpeluang untuk berkerjasama, merancang, melaksana dan menilai program pembelajaran yang mengintegrasikan sumber.

FUNGSI PUSAT SUMBER

            Mewujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam pengurusan dan pentadbiran pusat sumber. Seterusnya, menyediakan dan mempromosibahan bacaan dan sumber yang berkualiti serta berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan kurikulum dan kokurikulum institusi pendidikan. Pusat sumber juga sebagai tempat penerangan, penyebaran maklumat serta sumber dan tempat untuk memperolehi alat dan bahan pelajaran dan pengajaran. Selain itu, memastikan kelancaran pengurusan peminjaman dan pemulangan buku di pusat sumber.

 

CIRI-CIRI PUSAT SUMBER YANG BERKESAN

Lokasi pusat sumber memainkan peranan yang paling penting. Lokasi di tengah - tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungi dan tidak terpisah dari mana - mana bahagian sekolah. Gru dan pelajar perlu tahu dan mengenali staf yang mengurus pusat sumber. Terdapat berbagai aktiviti galakan penggunaan pusat sumber dijalankan sepanjang   tahun.Hal ini demikian kerana, dengan adanya aktiviti berkaitan pusat sumber dapat menggalakkan pelajar menggunakan pusat sumber dengan kerap.

Guru dan pelajar merasa senang dan sedia ke pusat sumber untuk mendapat   bahan , alatan dan maklumat. Mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik juga adalah salah satu ciri-ciri pusat sumber yang berkesan .Perkhidmatan dan koleksi pusat sumber digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran -   pembelajaran. Guru dan pelajar perlu  memahami peranan pusat sumber sebagai satu khidmat bantu kurikulum.


KOMPONEN PENGURUSAN SUMBER

v Pengurusan infrastuktur

v Pengurusan sumber manusia

v Pengurusan kewangan

v Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran

v Pengurusan pusat sumber


BAHAN DAN PERKAKASAN

1.     Bahan Bercetak

·       Buku – fiksyen, bukan fiksyen, rujukan ( atlas, ensiklopedia, kamus, dll ), buku teks dan sebagainya.

·       Bukan Buku – Majalah, surat khabar, risalah dan sebagainya.

2.     Bahan Bukan Bercetak

·       Alat-Alat ( hardware )

                                     i.          Alat Tayangan

-        Projektor Overhead (OHP)

-        Projektor Slaid

-        Projektor Filem Jalur

                                   ii.          Alat-Alat Bukan Tayangan

-        Papan  Tulis

-        Papan Magnet

-        Papan Pamer

-        Papan Kenyataan

                                 iii.          Alat-Alat Audio

-        Radio

-        Sistem Pembesar  Suara ( PA System)

-        Pemain CD

                                 iv.          Alat-alat Pandang Dengar ( Audio-Visual )

-        TV dan VCR

-        Pemain VCD

-        Komputer Multimedia

-        Projektor LCD

-        Komputer

                                   v.          Perkakasan Sokongan Lain

-        Kamera Video dan Fotografi

-        Mesin Fotostat

-        Mesin Laminate

-        Pengimbas

-        Transparency Maker

-        Scanner

·       Bahan-Bahan / Perisian ( Software )

-        Lutsinar

-        Filem Fotografi

-        Filem Jalur

-        Pita Audio

-        Pita Video

-        Piring Hitam

-        Cakera Padat

·       Bahan Dua Dimensi

-        Peta

-        Gambar

-        Carta

-        Gambar

-        Gambarajah

-        Kad-Kad Cantuman / Imbasan

·       Bahan Tiga Dimensi

-        Glob

-        Topeng

-        Contoh-contoh spesimen

-        Akuarium

·       Bahan-Bahan Beraneka Media

-        Kit Pembelajaran

-        Permainan  Pendidikan

-        Pukal Pembelajaran ( aneka media )


CARA PENGGUNAAN SUMBER PEMBELAJARAN

v Sesuai dengan situasi pembelajaran

v Merancang penggunaan sumber pembelajaran

v Membimbing pelajar menggunakan sumber pembelajaran berpusatkan murid


KOMPONEN PEMBELAJARAN BERASASKAN SUMBER

v Buku teks

v Aktiviti penelitian

v Pencarian bahan dari pelbagai sumber

v Latihan penyelesaian masalah

v Penggunaan alat pandang dengar


KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER

v Merangsang minat pelajar

v Menyediakan pengalaman sebenar

v Melibatkan pelajar belajar secara aktif

v Memberi peluang kepada pelajar untuk mencari maklumat


RUMUSAN

Pusat sumber yang berkesan akan menggalakkan proses pembelajaran berasaskan sumber. Pusat sumber sekolah memainkan peranan yang besar dalam memastikan konsep pembelajaran berasaskan sumber berlaku di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Oleh itu, pusat sumber sekolah perlulah menyediakan maklumat yang mencukupi dan terkini, memudahkan maklumat tersebut dicapai dan dapat menyediakan kemudahan kepada pengguna pusat sumber untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Pengurusan Stor Sukan

Pengurusan Sumber Bengkel Kemahiran Hidup