Pengurusan Stor Sukan
Pengerusan Stor Sukan
Definisi stor sukan
Stor sukan biasanya dirujuk kepada sebuah tempat yang digunakan untuk menempatkan peralatan sukan didalam sesebuah sekolah. Stor sukan akan di pantau oleh seorang guru penyelia yang akan bertanggungjawab menguruskan dan merekodkan keluar masuk sesuatu alatan sukan itu serta membeli dan menerima peralatan sukan yang baru.
5.1 Ciri-ciri stor sukan
- Mempunyai alatan sukan dan fasiliti yang pelbagai serta lengkap
Pusat sukan seharusnya perlulah mempunyai peralatan sukan yang lengkap dan berkualiti. Hal ini kerana kemudahan alatan sukan adalah penting sebagai bahan bantu mengajar terutamanya bagi mata pelajaran pendidikan jasmani. Tambahan pula, kepelbagaian alatan sukan yang ada akan menambah keterujaan murid-murid untuk mempelajari cara memainkan sesuatu sukan itu. Sebagai contoh MRSM TGB dilengkapi dengan gelanggang futsal, badminton, takraw, bola jaring, bola tampar. Bukan setakat itu sahaja, sekolah MRSM TGB itu juga turut di lengkapi dengan kolam renang. Berdasarkan penelitian yang di jalankan, kepelbagaian kemudahan fasiliti sukan yang ada di dalam sekolah ini sememangnya mempunyao fasiliti sukan yang sangat baik dan lengkap.
- Sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan kemas
Kebersihan sememangnya merupakan aspek yang terpenting dalam menyediakan stor sukan yang baik. Stor sukan perlulah sentiasa dibersihkan secara berkala supaya peralatan sukan terpelihara serta selamat kepada pelajar. Susun atur perabot dan rak menyimpan barang perlu disediakan dengan cukup mengikut keperluan supaya keadaan simpanan stor sentiasa kemas. Pihak pengurusan Sekolah perlu menitikberatkan tentang kemudahan sukan yang berada di dalam sesebuah sekolah. Hasil daripada tinjauan yang di jalankan, kesemua jenis gelanggang sukan yang terdapat didalam kawasan sekolah berada dalam keadaan yang sangat baik. Gelanggang futsal yang di sediakan lengkap dengan gawang gol serta lantai gelanggang yang baik. Kesemua gelanggang sukan yang tersedia perlu di selenggara dengan baik termasuklah kolam renang .
- Mudah di akses segala kemudahan
Sebuah stor sukan yang baik seharusnya adalah dapat digunakan oleh semua murid-murid. Pengurusan stor sukan hendaklah mesra murid bagi memastikan segala jenis peralatan sukan dapat di maksimakan kegunaanya oleh murid. Sekolah MRSM merupakan sekolah jenis berasrama penuh yang menuntut para pelajarnya untuk tinggal di asrama yang disediakan. Oleh hal yang demikian, selepas tamat sesi pembelajaran harian, pelajar dibenarkan untuk menggunakan kemudahan sukan yang disediakan untuk tujuan riadah setiap hari mengikut garis masa yang disediakan oleh pihak sekolah. Perkara ini menunjukkan para pelajar mudah untuk mendapat akses segala kemudahan sukan yang ada didalam kawasan sekolah.
5.2 Komponen pengurusan sumber
- Pengurusan infrastruktur
Stor sukan pada amnya merangkumi gelanggang, padang bola, trek olahraga dan juga stadium. Oleh kerana itu segala jenis infrastruktur yang merangkumi sukan perlu untuk di selenggara dan di baik pulih dari masa ke semasa supaya berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan.
- Pengurusan kewangan
Bagi memastikan segala bentuk infrastruktur di pelihara dengan baik. Pengurusan kewangan adalah nadinya. Kewangan yang di salurkan kepada pihak bertanggungjawab perlulah disimpan dan diguna pakai dengan berhemah supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan.
- Pengurusan sumber manusia
Kakitangan pengurusan stor sukan yang merangkumi guru yang bertugas, kontraktor penyelengara dan juga pembersihan perlu disediakan. Pengurusan sumber manusia yang baik akan memastikan kesemua komponen pengurusan sumber yang lain dapat dijalankan dengan lebih baik.
5.3 Jenis sumber pelajaran
Ø Sumber asas . Contohnya buku teks dan pembelajaran didalam bilik darjah
Ø Sumber pengalaman. Contohnya aktiviti sukan yang dimainkan
5.4 Cara penggunaan sumber pelajaran
- Sesuai dengan situasi
Proses pembelajaran perlulah bermula dengan pembelajaran teori sebelum mula diaplikasikan di atas padang. Pembelajaran berkaitan sukan ini memerlukan aktiviti fizikal yang melibatkan praktikal dalam kalangan murid. Sebagai contoh mata pelajaran pendidikan jasmani lebih baik dijalankan pada waktu pagi berbanding tengah hari. Hal ini kerana, suasana pagi hari yang sejuk dan redup lebih sesuai untuk murid menjalankan aktiviti luar kelas berbanding tengah hari.
- Merancang penggunaan sumber pembelajaran
Peratan sukan yang berada di dalam stor biasanya tidak cukup untuk dibekalkan untuk kesemua murid. Oleh hal yang demikian, guru perlulah merancang bagaimana menguruskan program pembelajaran supaya berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, guru di MRSM TGB menggunakan gelanggang takraw yang berada di dalam kawasan sekolah bagi menerangkan berkaitan sukan dan juga membuat sesi latihan.
- Membimbing pelajar melalui proses pembelajaran berteraskan murid
Guru-guru yang bertanggungjawab dalam mengajarkan mata pelajaran pendidikan jasmani, mereka perlulah menumpukan perhatian kepada murid semasa sesi pengajaran berlangsung. Guru juga perlulah memastikan murid berinteraksi sesama mereka dan juga dengan guru kerana aktiviti sukan memerlukan interaksi dua hala.
5.4 Komponen Component berasakan sumber
Ø Buku teks
Ø Aktiviti penelitian
Ø Pencarian bahan daripada pelbagai sumber
Ø Latihan dan praktikal
Ø Penggunaan alatan sukan sebagai bahan bantu mengajar.
5.5 Cara-cara pengurusan penyimpanan stor sukan
u Sediakan carta lokasi stok
u Ruang stor hendaklah digunakan secara maksimum
u Gunakan petak atau rak yang mudah diubah-ubah dan tanda pengenalan
u Gunakan pelet kayu bagi barang-barang besar dan berat
u Membahagikan ruang stor kepada beberapa seksyen mengikut jenis stor dan menyusun mengikut susunan abjad dan tiap-tiap rak, pallet diberi nombor. Nombor ini juga perlu direkod dalam kad stok
u Satu bekas hendaklah digunakan untuk satu barang dan simpan mengikut unit kuantiti bagi memudahkan pengeluaran
u Pastikan tindanan barang-barang tidak terlalu tinggi
u Barang-barang berharga/menarik hendaklah disimpan di dalam almari berkunci/sangkar keselamatan
Comments
Post a Comment