Pengurusan Sumber Bengkel Kemahiran Hidup
Konsep Bengkel Kemahiran Hidup
Pengurusan sumber bengkel melibatkan perancangan dan
pengendalian bengkel yang meliputi proses-proses menyediakan kemudahan asas,
penyusunan ruang untuk peralatan utama, penyusunan perabot di dalam ruang
kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan penggunaan warna di dalam bengkel
yang boleh melahirkan suasana yang kondusif dan pelajar yang positif. Pusat
bagi amali pengajaran dan pembelajaran subjek kemahiran hidup adalah di dalam
bengkel kemahiran hidup.
Prinsip-Prinsip Dan Tujuan Pengurusan Bengkel
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3, pengurusan ditakrifkan
sebagai perihal kerja dan sebagainya. Manakala menurut Brech (1957), pengurusan
ialah proses sosial yang merangkumi perancangan, kawalan, penyelarasan dan
dorongan, Ia juga merupakan usaha koperatif bagi mencapai objektif dan matlamat
yang telah ditentukan. Pengurusan bengkel yang sistematik
amat diperlukan bagi memastikan kelancaran pelajaran dan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Antara tujuan dan kepentingan pengurusan bengkel
adalah seperti berikut:
·
Mengelakkan
pembaziran masa dan tenaga serta menjimatkan wang.
·
Mewujudkan
keselamatan bengkel, alatan, dan bahan.
·
Mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, sekaligus mewujudkan suasana
bengkel yang kondusif.
·
Menghasilkan
produk yang lebih berkualiti.
·
Mengelakkan
daripada berlakunya kemalangan.
·
Mengurangkan
kos pengeluaran dan pembaziran.
·
Menjimatkan
masa bekerja.
·
Boleh
dijadikan kebanggaan guru kerana menarik untuk dipandang.
Jenis-Jenis Bengkel Kemahiran Hidup
Bengkel kemahiran
hidup terbahagi kepada tiga bengkel utama iaitu bengkel kemahiran manipulatif,
bengkel pertanian, dan bengkel ekonomi rumah tangga. Di antara ketiga-tiga
bengkel ini, bengkel kemahiran manipulatif yang paling banyak komponen dan
paling sukar penyenggaraannya kerana ia mempunyai pelbagai alatan, bahan dan
mesin. Di samping itu, bengkel kemahiran manipulatif turut dipecahkan kepada
empat jenis bengkel iaitu bengkel kerja kayu dan logam, bengkel kerja paip
asas, bengkel elektrik dan elektronik serta bengkel enjin.
Terdapat beberapa aspek yang perlu
diambil kira dalam perancangan dan pengurusan bengkel ini. Antara aspek-aspek
tersebut ialah :
Ø
Ruang
Ø
Susun
Atur
Ø
Keselamatan
Ø
Bidang
Tugas
Ø
Penyenggaraan
Bengkel
Ruang
Saiz bengkel adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di dalamnya. Keluasan bengkel yang sesuai ialah 20meter x 25meter. Antara ciri-ciri keluasan bengkel yang sesuai ialah :
·
Boleh
menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih
·
Membolehkan
seseorang bergerak dengan bebas di dalamnya
·
Lantai
mestilah diperbuat dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak
menampung habuk serta tidak licin.
·
Mempunyai
tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta
pengudaraan bebas.
· Ada sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek.
Susun Atur
·
Rak-rak
dan panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan
·
Rak-rak
simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan dengan baik
·
Rak-rak
bahan bantu mengajar yang kemaskini dan pelbagai
· Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan
Keselamatan
·
Menyediakan
bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi badan
·
Mengadakan
alat pemadam api yang berfungsi
·
Menyediakan
peti pertolongan cemas dan tempat rawatan
·
Memaparkan
nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulans, Polis dan
sebagainya.
Bidang Tugas Bengkel Kemahiran Hidup
1.Tugas Pengetua atau Guru Besar
Ø Mengurus bengkel sepenuhnya.
Ø Memimpin kurikulum dan aspek
profesional yang berkaitan.
Ø Menyediakan keperluan asas bengkel.
Ø Memastikan amalan keselamatan
dipatuhi pada setiap masa.
Ø Memastikan tindakan diambil untuk
setiap kemalangan yang berlaku dan mengenalpasti cara bagi mengelakkan dari
berlakunya kemalangan.
2.Tugas Ketua
Panitia
Ø Menyelia dan memastikan segala
kemudahan fizikal bengkel berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan
Ø Memastikan segala kelengkapan
bengkel adalah bersih dan selamat serta penyelenggaraan dilaksanakan.
Ø Merancang dan menyediakan peraturan
keselamatan, kelengkapan pencegahan kebakaran, peti pertolongan cemas dan
latihan kecemasan.
Ø Mengurus dan memastikan penyemakan
stok bengkel dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali atau setahun sekali.
Ø Merekod segala stok bekalan
pejabat, inventori termasuk kerja hapus kira, dan pelupusan.
3.Tugas
Guru-Guru Kemahiran Hidup
Ø Membantu dan merancang anggaran
perbelanjaan.
Ø Membantu dalam kerja penyenggaraan
dan penyimpanan peralatan.
Ø Membantu merekod dan mengemas kini
stok serta dokumentasi.
Ø Menyelaras dan mematuhi jadual
penggunaan bengkel serta peka terhadap ancaman keselamatan.
Ø Menentukan peralatan yang selamat
untuk digunakan.
Ø Memastikan pelajar membuat amali
secara sistematik.
4.Tugas Formen
Atau Ketua Kelas
Ø Membantu guru mengendalikan
aktiviti dalam bengkel.
Ø Memastikan pelajar mematuhi
peraturan disiplin di dalam bengkel.
Ø Memastikan setiap kumpulan
menjalankan tugas mengikut jadual.
Ø Memeriksa setiap alatan yang
digunakan telah disimpan dengan teratur.
Ø Melaporkan sebarang kerosakan atau
kehilangan kepada guru.
Penyenggaraan Bengkel
Penyenggaraan ialah melakukan
aktiviti menjaga atau servis sesuatu perkakasan, alatan, mesin mudah alih,
perabot atau bangunan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi
dengan sempurna. Penyenggaraan terbahagi kepada dua bahagian utama jenis
senggaraan iaitu seperti:
I.
Senggaraan Kawalan
Senggaraan paling berkesan kerana senggaraan ini
dilakukan sebelum peralatan, mesin dan bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan
secara berterusan dari semasa ke semasa mengikut jadual senggaraan yang telah
ditetapkan.
II.
Senggaraan Pembetulan
Senggaraan ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu
rosak. Kerja-kerja senggaraan ini tidak akan dilakukan selagi tiada kerosakan
yang berlaku. Biasanya senggaraan ini dilakukan ke atas peralatan yang kecil
dan tidak digunakan terlalu kerap.
REKA BENTUK
BENGKEL YANG BERKESAN
Bengkel yang menarik dan tersusun dapat
membantu murid dalam keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Murid dapat melaksanakan amali yang dirancangkan dengan baik jika semua
peralatan mencukupi dan suasana dalam bengkel yang kondusif. Antara ciri yang
perlu diambil kira dalam pengurusan bengkel adalah seperti berikut:
1.Pelan Lantai Bengkel
·
Pelan
lantai proses
·
Pelan
lantai produk
·
Pelan
lantai gabungan
2.Kemudahan pengajaran
dilengkapi dengan ruang tunjuk cara dan pengajaran.
3.Digalakkan menggunakan
bengkel kalis bunyi bagi mengelakkan kebisingan
4.Penggunaan warna yang
cerah supaya bengkel tidak kelihatan suram dan gelap.
5.Penambahan sumber cahaya
dalaman,lampu dibuka Ketika kerja amali dijalankan.
6.Dari segi kebersihan,
pengudaraan yang baik supaya bengkel tidak mengumpul haba dan mendapat udara
asli.
PERATURAN KESELAMATAN AM BENGKEL
Murid-murid mesti mematuhi
peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Peraturan tersebut adalah seperti berikut:
1.Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari
bengkel
2.Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum
menerima arahan masuk dari guru
3.Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam
bengkel.
4.Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan
yang baik dan pencahayaan
mencukupi
5.Labelkan semua peralatan dan bahan
6.Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku
kemalangan
7.Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan
aktiviti.
8.Pastikan bahan dan peralatan serta bahan dijaga baik
dan sempurna.
Comments
Post a Comment