Pengurusan Sumber Bilik Darjah

 Definisi bilik darjah

-Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dimana merupakan tempat yang paling penting perlu ada bagi setiap sekolah. Bilik darjah juga merupakan bilik-bilik disekolah yang menempatkan pelajar untuk menimba ilmu atas didikan guru bagi meningkatkan ilmu pengetahuan. Bilik darjah juga merupakan tempat untuk pelajar berinteraksi antara satu sama lain ataupun dengan guru. Pengurusan bilik darjah bertujuan untuk melahirkan modal insan yang sejajar dengan falsafah pendidikan negara iaitu pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). 


Maksud pengurusan bilik darjah

-Pengurusan bilik darjah boleh dimaksudkan dengan stategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan dalam bilik darjah dengan cara guru perlulah membina disiplin yang tinggi dalam diri murid supaya murid sentiasa melakukan aktiviti seperti membersihkan kelas, menyusun kerusi dan meja serta sentiasa membuang sampah ke dalam tong sampah. Pengurusan bilik darjah juga merupakan peranan guru dalam mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti didalam bilik darjah seperti membersihkan kelas, membuat aktiviti berkumpulan dan menguruskan bahan pembelajaran.


Ciri-ciri bilik darjah

-Setiap sekolah sudah semestinya mempunyai bilik darjah bagi menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah mestilah dalam jumlah yang banyak bagi menampung jumlah murid-murid. Jumlah murid bagi setiap kelas tidak boleh melebihi daripada 45 orang bagi memastikan keberkesanan pengajaran berlaku. Setiap tingkatan pula sekurang-kurangnya mempunyai tiga buah kelas iaitu tingkatan satu sehingga tingkatan lima bagi mengelakkan kepadatan murid dan mudah untuk mewujudkan pelbagai bidang bagi tingkatan empat dan lima. Bilik darjah juga memerlukan ruang yang besar untuk memudahkan pergerakkan di dalam kelas.


Faktor mempengaruhi pengurusan bilik darjah

i. Faktor fizikal

-Faktor yang pertama mempengaruhi pengurusan bilik darjah ialah faktor fizikal yang memberi maksud persekitaran didalam bilik darjah. Bilik darjah yang menarik adalah satu kelebihan untuk pembelajaran. Keberkesanan pengajaran dipengaruhi oleh susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan, bakul sampah, papan tulis dan lain lain. Perkara ini juga dapat mengekalkan disiplin murid-murid di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, suasana fizikal bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan yang sesuai akan memudahkan interaksi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid terutamanya pada abad ke-21 ini.

-Keceriaan kelas turut memainkan peranan dalam keberkesanan pengajaran diaman kelas dihiaskan dengan cantik seperti penggunaan cat yang ceria, carta yang mempunyai pelbagai bahan bacaan, susunan kerusi dan meja yang teratur dan kemas serta mempunyai bilik darjah yang luas.

ii. Faktor psikososial

-Faktor kedua yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah ialah faktor psikososial yang memberi maksud dari segi psikologi dan sosial antara guru dan murid. Antara faktor psikososial ialah cara seseorang guru mengajar murid-murid didalam kelas. Seorang guru yang baik ialah memberi dorongan kepada pelajar dalam pembelajaran. 

-Guru yang memahami kelemahan dan kekurang murid akan membantu untuk mengatasinya dan memperbaiki kekurangan tersebut tanpa desakan yang melampau supaya murid akan lebih minat dan selesa untuk menjalankan sesi pembelajaran. Guru juga perlu memberi perhatian penuh terhadap murid-murid dan tidak membiarkan mereka melakukan kerja sendiri tanpa penerangan dan pemantauan kerana ianya akan menyebabkan murid-murid lambat untuk memahami pelajaran serta boleh membuatkan mereka sukar untuk belajar. Guru yang baik hati dan tegas juga akan mempengerahui pelajar dimana guru perlulah memberi hadiah kepada murid yang cemerlang supaya mereka terus bersemangat untuk mengejar kecemerlangan dan memberi hukuman kepada murid yang gagal dalam pelajaran ataupun tidak menyiapkan kerja sekolah supaya mereka takut untuk mengulangi perkara yang dilarang.

-Teknik berkomunikasi darisegi percakapan atau pergaulan yang betul antara guru dan murid amat mempengaruhi suasana didalam bilik darjah. Penggunakan kata yang elok oleh guru tanpa menggunakan kata yang kasar seperti kau dan aku memberi keselesaan terhadap murid untuk mendengar dan fokus dalam pembelajaran. Penggunaan ayat seperti pujian turut memberi keyakinan yang lebih tinggi dalam diri murid untuk memberi pendapat serta idea. Guru juga perlulah menerima pendapat daripada murid dengan terbuka tanpa memarahi mereka sekiranya mereka memberi pendapat ataupun jawapan yang salah. Sekiranya guru tidak pandai dalam cara berkomunikasi dengan murid, hal ini akan menyebabkan pelajar takut untuk mengeluarkan pendapat atau idea diadalam bilik darjah dan suasana didalam bilik darjah akan menjadi tidak seronok.


Sikap disiplin guru dan pelajar

-Semua murid mestilah mendengar arahan guru dan tidak mengingkarinya. Guru memainkan peranan penting dalam mengawal disiplin murid-murid. Sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan lancar sekiranya murid mempunyai disiplin yang tinggi malah murid juga dapat menerima ilmu dengan baik dan cepat. Oleh itu, guru perlulah mewujudkan peraturan didalam bilik darjah dan mewajibkan murid untuk mengikuti peraturan tersebut dengan lebih tegas supaya murid-murid dapat mematuhinya dengan baik didalam bilik darjah. Guru berhak dan mempunyai kuasa yang mutlak atas kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Murid-murid hanya perlu mematuhi segala peraturan tersebut untuk menjamin kewujudan disiplin yang baik di dalam bilik darjah. Sekiranya terdapat murid yang melanggar peraturan, dia akan dihukum mengikut peraturan ataucara yang sesuai tanpa mencederakan pelajar.

-Disiplin murid dalam mematuhi arahan kerja akan wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru perla diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan. Disiplin untuk mematuhi arahan ini dapat dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh guru. Dengan adanya disiplin untuk mematuhi arahan kerja ini ianya akan memberi impak yang positif kerana dapat menggalakkan murid untuk menyelesaikan tugasan demi kebaikan dan kepentingan mereka sendiri. Namun begitu, tidak semua murid mempunyai disiplin untuk mematuhi arahan guru dalam menyempurnakan tugasan mereka mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kemenarikan tugasan yang diberikan oleh guru turut mempengaruhi disiplin murid dalam mengikuti arahan kerana tugasan yang menraik akan menarik minat murid untuk menyiapkan tugasan tersebut dalam waktu yang telah ditetapkan.


Aktiviti harian di dalam bilik darjah

-Aktiviti harian di dalam bilik darjah mestilah dilaksanakan oleh guru dan murid-murid di dalam bilik darjah setiap hari. Aktiviti pengurusan bilik darjah yang sistematik dapat membentuk persekitaran bilik darjah yang sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan semangat kekitaan murid, keselamatan dan meningkatkan disiplin kendiri murid. Bagi melancarkan aktiviti harian di dalam bilik darjah untuk sepanjang tahun, guru perlulah merancang dan menerangkan kepada murid terlebih dahulu tugas-tugas yang perlu dilakukan dan pembahagian tugasan dengan membuat jadual supaya murud lebih faham dan melakukannya dengan baik.

-Antara aktiviti harian yang perlu ada di dalam bilik darjah ialah menyapu sampah, mengelap tingkap, menyusun kerusi dan meja dan membersihkan papan hitam atau papan putih. Semua perlajar perlu terlibat dalam menjalankan aktiviti harian supaya lebih adil dan tidak wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan pelajar. Perkara ini akan menyebabkan bilik darjah sentiasa bersih dan kemas.

-Guru juga perlu mewujudkan organisasi di dalam bilik darjah dimana setiap bilik darjah mestilah mempunyai ketua dan penolong bagi membantu guru untuk mentadbir bilik darjah. Selain itu, jawatin lain juga perlu diwujudkan seperti bendahari, setiausaha, ajk kebersihan dan lain-lain. Dengan adanya jawatan seperti ini didalam bilik darjah, ianya akan melancarkan pengurusan bilik darjah. Dalam masa yang sama, ianya akan mewujudkan sikap pemimpin, bertanggungjawap dan amanah dalam diri murid-murid.

Comments

Popular posts from this blog

Pengurusan Stor Sukan

Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Pengurusan Sumber Bengkel Kemahiran Hidup