Pengurusan Sumber Makmal Sains

MUHAMMAD ANIQ QUSYAIRI BIN ARYUS (D20192091556)


KONSEP MAKMAL SAINS 

  • Merupakan salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untuk pengajaran dan pembelajaran bagi subjek dan amali sains. 
  • Merupakan tempat pembelajaran sains yang digunakan pada peringkat sekolah menengah, ipg dan juga universiti. 
  • Pembinaan makmal sains bertujuan bagi memudahkan dan memastikan aktiviti dan eksperimen sains dapat dilakukan dengan terkawal dan teratur.
  • Bilik sains juga mempunyai struktur meja yang luas dan dipasang dengan punca elektrik. Ia juga mepunyai air dan gas berserta dengan kerusi makmal yang tinggi. 
  • Makmal sains akan disambungkan dengan stor yang menyimpan alatan dan juga bahan-bahan yang akan digunakan untuk melakukan eksperimen. 
  • Ciri-ciri keselamatan juga telah disediakan seperti alat pemadam api, peti pertolongan cemas, almari asap dan juga pelbagai kemudahan yang lain.

BIDANG TUGAS GURU SAINS & PEMBANTU MAKMAL

Penyelaras

  • Dilantik oleh pengetua sebagai Ketua Panitia Sains. 
  • Dilakukan secara rasmi untuk memimpin guru-guru matapelajaran sains di bawah tanggungjawabnya. 
  • Bertanggungjawab dalam menyelaras proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru sains.
  • Menguruskan kewangan dan membantu merancang perbelanjaan kewangan. Ia bertujuan untuk hapus kira dan pelupusan, menyemak dan mengemaskini rekod pengurusan makmal sains.
Guru Sains

  • Guru sains secara automatiknya akan menjadi anggota Panitia Sains. 
  • Mematuhi jadual penggunaan makmal sains, melaksanakan PEKA Sains dan memastikan murid sentiasa mematuhi peraturan berada di dalam makmal sains. 
  • Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.

Pembantu Makmal
  • Ditugaskan untuk membuka dan mengunci pintu bilik makmal sains. 
  • Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar makmal sains tersebut sentiasa berada dalam keadaan bersih,ceria dan selamat.
  • Memastikan meja makmal dan sinki berada dalam keadaan bersih selepas digunakan serta memastikan kipas dan lampu telah ditutup.
  • Ditugaskan untuk mengawasi dan membantu murid-murid ketika melakukan eksperimen.
  • Memeriksa dan menyelenggara peralatan dan kemudahan makmal sains juga merupakan tugas pembantu makmal. 
  • Wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja-kerja di makmal sains sebelum penempatan dilakukan. Ia bertujuan untuk memastikan mereka melakukan tugas dengan amanah dan berkesan. 
KEPENTINGAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS
  • Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih lancar dan berkesan.
  • Kemalangan boleh dielakkan ketika melakukan eksperimen di dalam makmal 
  • Pencarian sesuatu bahan dan alat akan memudahkan ketika sesi pengajaran
  • Menjadikan pelajar lebih besemangat ingin tahu dan minat terhadapat sains serta dapat mengamalkan sikap nilai murni
ASPEK ATAU CIRI-CIRI

1. Keceriaan Bilik Sains
  • Memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berada dalam keadaan lancar dan dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat. 
  • Ia dapat membuatkan minda kita mudah terangsang dengan warna. Sel-sel yang berada di dalam otak kita akan berkembang dengan penggunaan warna yang menarik.
2. Penggnaan Penyimpanan Peralatan dan Bahan
  • Mempunyai dua jenis stor iaitu stor utama dan stor tagihan. 
  • Stor utama berfungsi sebagai menyimpan semua alat dan bahan pengajaran sains. Kebiasaan bahan tersebut tidak diagihkan kepada individu tetapi ia akan diagihkan kepada stor di setiap makmal.
  • Stor agihan pula ia berada di setiap makmal. Segala agihan atau pengeluaran bahan yang akan diberikan kepada pelajar diambil dari stor tersebut.
3. Keselamatan Makmal Sains
  • Merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian bagi memberi perlindungan kepada mereka yang bekerja di dalam makmal dan bilik sains daripada terlibat dengan kemalangan disebabkan kecuaian ataupun kejadian yang berada di luar jangkaan.
PENGURUSAN PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL
  • Diikuti oleh pelajar-pelajar bagi memastikan segala kemalangan ataupun kecuaian dapat dielakkan. 
  • Tugas guru sains juga akan menjadi lebih mencabar apabila perlu menghadapi dengan pelajar yang kurang berpengalaman, kemahiran dan kurang keyakinan dalam memastikan keselamatan mereka di dalam makmal sentiasa terjamin. 
Kemalangan di dalam makmal sains dapat dielakkan dengan:
  • Meningkatkan mengenai pengetahuan sains dan kefahaman mengenai peralatan dan bahan sains yang digunakan.
  • Arahan yang diberikan kepada pelajar adalah jelas dan terperinci
  • Maklumat yang lengkap mengenai bahaya eksperimen yang dilakukan 
  • Melakukan langkah-langkah aktiviti dan prosedur kerja yang betul
  • Guru memberikan pengawasan semasa murid menjalankan eksperimen
  • Arahan guru dan peraturan makmal harus diutamakan terlebih dahulu
  • Pelajar menunjukkan kesungguhan semasa menjalankan eksperimen.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN MAKMAL

1. Peraturan makmal
  • Meletakkan satu senarai mengenai apa yang pelajar perlu patuhi ketika berada di dalam makmal. 
  • Pelajar juga perlu memahami peraturan berkenaan jadi penerangan mengenai peraturan haruslah dilakukan oleh guru kepada murid yang pertama kali masuk ke dalam makmal sains. 
  • Peraturan tersebut juga harus diletak di tempat yang mudah dilihat.

2. Kemahiran manipulatif
  • Guru harus memastikan pelajar tahu menggunakan teknik yang betul semasa mengendalikan alat radas dan bahan kimia serta mematuhi arahan yang diberikan oleh guru ketika amali sedang berlaku.

3. Kotak pertolongan cemas
  • Kotak pertolongan harus dipastikan tidak berkunci berserta mengandugi peralatan untuk rawatan kecemasan.

4. Peralatan keselamatan
  • Peralatan keselamatan seperti pemadam api harus dipastikan berada dalam keadaan baik dan berfungsi. Malahan ia harus diletakkan di tempat yang mudah diambil.

5. Kebersihan
  • Makmal sains haruslah dipastikan berada dalam keadaan bersih.

Comments

Popular posts from this blog

Pengurusan Stor Sukan

Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Pengurusan Sumber Bengkel Kemahiran Hidup